fbpx

HFMD: Kes meningkat 16 kali ganda di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DR. NOR AZIMI (dua dari kiri) melihat kakitangan sebuah taska melakukan proses nyahkuman ketika membuat pemeriksaan dan pemantauan taska di Kotasas di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang dilaporkan di negeri ini meningkat sebanyak 16 kali ganda iaitu sebanyak 3,760 kes setakat tahun ini berbanding hanya 233 kes pada tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, daripada jumlah kes berkenaan, lebih 95 peratus atau 3,585 kes berlaku secara sporadik manakala 4.7 peratus atau 175 kes lagi dikenalpasti hasil penularan di pusat asuhan.

“Sebanyak 3,375 kes membabitkan kanak-kanak berusia kosong sehingga enam tahun, 326 kes bagi kanak-kanak tujuh hingga 12 tahun manakala 59 kes dalam kalangan individu berusia lebih 12 tahun termasuk 44 kes membabitkan pesakit berusia lebih 18 tahun.

“Majoriti kes berkenaan pulih tanpa rawatan dan hanya 98 kes sahaja yang pernah dimasukkan ke hospital untuk pemantauan lanjut namun tiada kes yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) serta tiada kes kematian direkodkan,”katanya dalam sidang akhbar selepas membuat pemeriksaan dan pemantaun risiko di taska, di sini, hari ini.

Menurut Dr. Nor Azimi, sehingga semalam, sebanyak 505 premis taska telah dilawat untuk pemeriksaan dan 35 daripadanya telah diarah tutup mengikut Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan dua pusat jagaan harian membuat penutupan secara sukarela.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI