fbpx

Manchester United pantau perkembangan Marco Asensio

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASENSIO hanya memiliki baki kontrak selama 12 bulan bersama Real menyebabkan United cuba memujuknya ke Old Trafford. – AFP

MADRID – Biarpun berjaya menjadi tonggak penting ketika membantu Real Madrid menjulang trofi Liga Juara-Juara musim ini, Marco Asensio dilaporkan bakal meninggalkan Santiago Bernebeu pada musim panas nanti.

Musim ini me­nyaksikan Asensio jarang mendapat tempat dalam kese­belasan utama pasukan itu biarpun dia masih dianggap antara pemain yang memiliki stati­stik yang tinggi terlibat dalam menghasilkan jaringan buat Real.

“Statistik nampaknya sangat baik. Saya berjaya menghasilkan banyak gol dan terlibat dalam gerakan gol buat Real sepanjang musim ini.

“Saya berjaya memberikan impak setiap kali diturunkan. Mungkin saya jarang berada dalam kesebelasan utama, tetapi saya berbangga dengan apa yang dilakukan,” kata Asensio dalam satu temubual sebelum ini.

Asensio kurang menjadi perhatian pengendali Real, Carlo Ancelotti yang lebih gemar menggunakan khidmat pemain lain menyebabkan masa depannya bersama gergasi Sepanyol itu dikatakan semakin hampir sampai ke penghujung terutama ketika kontraknya hanya berbaki 12 bulan sahaja lagi.

Situasi itu menyebabkan Manchester United yang kini diken­dalikan oleh Erik Ten Hag bersedia untuk menyelamatkan kariernya dan berminat untuk membawanya ke Old Trafford.

United terdesak untuk mendapatkan lebih ramai pemain di bahagian tengah selepas membuat keputusan melepaskan beberapa pemain di posisi ber­kenaan termasuk Paul Pogba, Nemanja Matic, Jesse Lingard dan Juan Mata setakat ini.

Bagaimanapun, pakar perpindahan bola sepak Eropah, Fabrizio Romano mengesahkan bahawa Asensio ketika ini sedang mengadakan rundingan bersama Real untuk mendapatkan kontrak baharu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI