fbpx

1,000 penduduk mohon warta segera rizab jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Bagan Sungai Yu berkumpul di hadapan PDT Kuala Selangor hari ini.

KUALA SELANGOR – Kira-kira 1,000 penduduk Kampung Nelayan Bagan Sungai Yu di sini, menggesa kerajaan Selangor mewartakan rizab jalan itu bagi mengelak kehilangan tempat tinggal dan mata pencarian.

Ia berikutan mereka resah apabila rizab jalan sejauh tiga kilometer (km) itu  diserahkan kepada pemaju yang mengundang risiko perobohan kediaman dan jeti nelayan di kawasan tersebut.

Penduduk, Amran Omar, 50, berkata, mereka kini hidup dalam kegelisahan sekiranya diusir pada bila-bila masa sahaja.

“Jika jalan rizab awam ini tidak diwartakan, kami bimbang ia diambil alih pemaju hingga menyebabkan kami terpaksa berpindah dan hilang punca pendapatan.

“Saya menetap di kampung ini lebih 13 tahun lalu dan buntu jika kawasan kediaman diroboh pemaju,” kata peniaga makan itu ketika ditemui hari ini.

Terdahulu, kira-kira 200 penduduk berkumpul di hadapan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kuala Selangor di sini, bagi menyerahkan memorandum menuntut  pewartaaan rizab jalan kampung itu.

Bagi Muhamad Zulkarnien Suhaimi, 31, penduduk meminta campur tangan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari bagi menyelesaikan isu yang dihadapi  sejak tiga tahun lalu itu.

“Ia perlu disegerakan kerana kami sudah membina generasi kampung ini sejak puluhan tahun. Kami bimbang rumah, perniagaan dan sumber ekonomi akan terjejas,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Mempertahankan Kampung Nelayan Bagan Sungai Yu, Tiu Teck Huat berkata, penyerahahan memorandum itu bertujuan mendesak kerajaan negeri menyelesaikan segera tuntutan penduduk. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI