fbpx

China hantar 3 angkasawan ke Stesen Angkasa Lepas Tiangong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri, Xuzhe, Chen Dong dan Liu Yang menghadiri sidang akhbar di Pusat Pelancaran Satelit Jiquan wilayah Gansu pada 4 Jun lalu. – AFP

BEIJING – China melancarkan misi baharu membawa tiga angkasawannya ke Stesen Angkasa Lepas Tiangong semalam, lapor agensi berita United Press International.

Mereka  berlepas menggunakan roket Shenzhou-14 dari Pusat Pelancaran Satelit Jiquan di Gurun Gobi pada pukul 10.44 pagi (waktu tempatan) dan memasuki modul teras, Tianhe pukul 8.50 malam (waktu tempatan).

Angkasawan-angkasawan tersebut iaitu Chen Dong, Liu Yang and Cai Xuzhe akan tinggal dan bekerja di  Tiangong selama enam bulan serta terlibat dalam kerja-kerja pembinaan stesen angkasa lepas China tersebut sebelum pulang ke Bumi pada Disember ini.

“Buat pertama kalinya, angkasawan-angkasawan tersebut akan memasuki makmal angkasa lepas Wentian dan Mengtian untuk melakukan lebih 12 uji kaji dan banyak tugas lain,” kata Ketua Pereka Sistem Angkasawan bagi Program Angkasa Lepas China, Huang Weifen.

Beijing menyasarkan Stesen Angkasa Lepas Tiangong bakal beroperasi sepenuhnya menjelang Disember tahun ini dan bertahan selama 15 tahun dengan masing-masing, dua misi penghantaran angkasawan dan  kargo akan dilakukan pada setiap tahun.

Misi semalam adalah yang ketiga membawa angkasawan China semasa fasa pembinaan stesen angkasa lepas tersebut.

Ketua misi tersebut, Cheng Dong pernah menyertai misi Shenzhou-11 dalam tahun  2016 dan memegang rekod sebagai angkasawan China yang paling lama berada di angkasa lepas.

Liu Yang pula merupakan wanita  China pertama yang meneroka angkasa lepas semasa  misi Shenzou-9 pada tahun 2012, namun, bagi Cai Xuzhe,  ia merupakan misi penerokaan angkasa lepas pertama buat dirinya. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI