fbpx

Trafik perlahan di Lebuh Raya Utara-Selatan, Karak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan aliran trafik perlahan di Lebuh Raya Utara-Selatan, Karak

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan serta Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) perlahan ekoran pertambahan kenderaan sempena cuti sekolah selama seminggu.

Menerusi laporan trafik di Facebook Lebuh Raya Malaysia (LLM), kenderaan dilaporkan bergerak perlahan di Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara melibatkan beberapa laluan bermula pukul 9 pagi tadi.

“Antara laluan yang terkesan adalah dari Plaza Tol Sungai Besi menghala ke Pusat Bandar; Kulai ke Hentian Sebelah Kulai; Sungkai ke Bidor dan Slim River ke Sungkai.

“Aliran trafik semakin sesak menghala apabila berlaku kemalangan di laluan Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Tapah ke Tapah melibatkan Kilometer 321 arah utara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, di KLK, kenderaan dilihat bergerak perlahan dari laluan sebelum masuk Tok Gombak dari Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) arah ke Kuantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI