fbpx

Pelaksanaan cukai GST masih diperingkat kajian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilihat tidak akan dilaksanakan semula dalam masa terdekat di negara ini berikutan ia masih di peringkat kajian menyeluruh oleh kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebarang keputusan kerajaan mengenai pelaksanaan semula cukai GST perlu melalui kajian menyeluruh termasuk baik dan buruk sistem percukaian berkenaan.

“Ramai orang terus melompat apabila saya kata tidak menolak kemungkinan (pelaksanaan cukai GST), tetapi kita perlu kaji buruk dan baiknya, bukan saya umumkan terus laksanakannya.

“Kajian hari ini menunjukkan negara kekurangan pendapatan salah satunya sebab pindah daripada cukai GST kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST), kita kurang pendapatan sebanyak RM30 bilion setahun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 di sini tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu berhubung permintaan orang ramai yang mahukan peratusan cukai GST dibawah enam peratus jika mahu dilaksanakan semula.

Ismail Sabri berkata, kerajaan juga perlu mempertimbangkan banyak perkara seperti kesan kenaikan harga barang dan juga waktu sesuai sebelum memperkenalkan sistem percukaian baharu.

“Jadi, rakyat perlu difahamkan dahulu jika kita mahu kenalkan cukai baharu. Kita mahu apa yang umumkan diterima dan bukannya ditolak rakyat.

“Jangan risau, kita akan dedahkan, tetapi buat masa ini, masih diperingkat kajian (pelaksanaan GST),” ujarnya.

Sebelum ini, kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengembalikan GST sebagai satu cara efektif menambah pendapatan negara bagi menangani kenaikan inflasi dan kos sara hidup rakyat.

Perkara itu dimaklumkan Ismail Sabri menerusi wawancara khas bersama kumpulan media, Nikkei Asia di Tokyo baru-baru ini di mana beliau berkata GST dilihat mampu mengembangkan pendapatan asas negara. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI