fbpx

Lebih 50,000 sukarelawan mencarum Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan (dua kanan) bersama Mohammed Azman (dua kiri) pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Kempen Mencarum Perkeso untuk Sukarelawan di Hotel Royale Chulan, hari ini.

KUALA LUMPUR – Seramai 50,496 sukarelawan daripada tujuh agensi kerajaan telah mendaftar dan mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Agensi terbabit adalah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, menerusi inisiatif ini, kerajaan menyediakan pembiayaan sepenuhnya caruman keselamatan sosial bagi empat kumpulan sasaran Orang Bekerja Sendiri (OBS).

“Ia merupakan sukarelawan agensi-agensi kerajaan, pekhidmat rumah ibadat Islam, penyelia dan petugas pemulihan komuniti dan anggota berstatus (kontrak) bagi sektor awam.

“Kempen mencarum ini juga bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran golongan sukarelawan mengenai kepentingan perlindungan keselamatan sosial, selain menggalakkan mereka mencarum dengan Perkeso,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Kempen Mencarum Perkeso Untuk Sukarelawan ATM, PDRM, APM, APMM, Rela, Jakim dan JKM di Hotel Royale Chulan, hari ini.

Hadir sama, Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Pengerusi Lembaga Perkeso, Tan Sri Dr. Mohamed Haniffa Abdullah.

Beliau berkata, sehingga 22 April lalu seramai 335,205 pencarum aktif daripada golongan OBS mendaftar dan mencarum SKSPS.

“Perkeso juga sudah membayar pampasan lebih RM6.4 juta kepada 3,370 penerima faedah dalam kalangan OBS di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.

“Jumlah tersebut termasuk seramai 405 penerima Faedah Orang Tanggungan (FOT) yang diterima oleh waris OBS bagi kes yang melibatkan kematian semasa menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri.” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI