fbpx

Elisya Sandha bakal lahir anak perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Elisya bakal melahirkan cahaya mata perempuan tidak lama lagi.

PETALING JAYA – Tiada apa yang menggembirakan pelakon Elisya Shanda hingga dilihat melompat keriangan saat mengesahkan bayi yang bakal dilahirkan seorang cahaya mata perempuan.

Teka-teki juga terlerai sekali gus menyaksikan keluarga besar pelakon dan penerbit popular Sheila Rusly bakal menerima kedatangan orang baharu bergelar perempuan memandangkan hanya dikurniakan anak lelaki sahaja sebelum ini.

“Untuk bakal anak perempuan saya, anda ibarat matahari dan bulan yang tidak pernah pudar.

“Kehadiran anda dalam hidup menjadikan dunia kami lebih cerah. Kami bersyukur dikurniakan kamu dalam hidup ini. Tak sabar untuk bertemu anda tidak lama lagi,”coretnya dalam Instagram.

Pada hantaran tersebut, adik kepada pelakon Fasha Sandha itu turut berkongsi beberapa foto pada acara ‘baby shower’ dan memperkenalkan jantina bayi yang diadakan bersama keluarga terdekat.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut dan peminat meninggalkan ucapan tahniah dan mendoakan kesihatan Elisya dan bayi yang dikandungnya.

“Tahniah Elisya dan suami. Tahniah juga buat bakal nenek Sheila Rusly yang bakal menimang cucu perempuan sulung.

“Alhamdulillah semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti. Semoga dikurnikan anak yang solehah dan taat kepada kedua ibu bapa,” tulis netizen.

Terdahulu, pada awal Januari lalu, pelakon drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe itu berkongsi mengenai berita kehamilannya menerusi video imbasan sepanjang tahun 2021 yang dimuat naik dalam Instagram.

Elisya dan Uzair yang juga merupakan pengarah dan pelakon disatukan sebagai suami isteri sekitar Ogos tahun lalu.

Pasangan tersebut mengenal hati budi masing-masing selama lima tahun sebelum memutuskan untuk mendirikan rumah tangga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI