fbpx

Berhimpit 20 orang tinggal dalam rumah mentua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ajah (duduk, tengah) mendengar sesuatu yang diperkatakan oleh wakil kerajaan negeri dan badan bukan kerajaan ketika ditemui di Kampung Galang, Pos Hau, Gua Musang semalam.

GUA MUSANG – Kehidupan sepuluh sekeluarga Orang Asli yang tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka hangus terbakar Ahad lalu terus tertekan apabila masih menumpang di kediaman saudara mara di Kampung Galang, Pos Hau di sini hingga terpaksa tidur berhimpit.

Ajah Sham, 45, berkata, mereka berharap agar bantuan rumah dapat disegerakan bagi membolehkan mereka meneruskan aktiviti harian seperti sebelum ini bersama ahli keluarga.

Katanya, mereka terpaksa tidur berhimpit sehingga 20 orang dalam sebuah rumah kayu selepas kediaman mereka yang berusia 30 tahun hangus.

“Selepas kejadian, kami 10 beranak terpaksa menumpang di rumah ibu mentua yang terletak di kawasan kampung yang sama buat sementara waktu.

“Kami tidak tahu berapa lama perlu tinggal menumpang dan berharap sangat ada bantuan untuk mangsa kebakaran kerana tiada duit untuk membina semula rumah,” katanya.

Menurut Ajah, kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas lampu solar yang terletak di hadapan rumah.

Katanya, mereka bersyukur kerana ketika api sedang marak tiada penghuni di dalam rumah kerana mereka semua bekerja di kawasan ladang berhampiran.

Terdahulu, Ajah dan mangsa kebakaran lain dikunjungi Kelab Lion Gua Musang dan Persatuan Cakna Kasih Gua Musang.

Pengerusi Region Kelab Lion, Raymond Ho berkata, pihaknya telah menyalurkan bantuan berupa tilam, pakaian dan makanan asas sebaik dimaklumkan mengenai kesusahan yang dihadapi.

Katanya, dia berharap mangsa kebakaran bersabar dan tabah dengan dugaan yang menimpa mereka.

Sebelum ini, tiga keluarga Orang Asli suku kaum Temiar hilang tempat berteduh selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Galang, Pos Hau.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Mohd. Arifuddin Akif Mohd. Noor berkata, kejadian kira-kira pukul 6 petang itu menyebabkan dua buah rumah kayu hangus 100 peratus.

Katanya, sebuah lagi rumah penduduk musnah 25 peratus, manakala sebuah balai rawatan tidak berpenghuni hanya terbakar lima peratus.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan bantuan kepada mang­sa kebakaran di Kampung Galang boleh hubungi wakil penduduk, Razali Ayeh di talian 019-612 2949.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI