fbpx

Serum lebat rambut Jajja Chinta terjual lebih sejuta botol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Hajar bersama pelbagai produk penjagaan rambut keluaran syarikat.

KUALA TERENGGANU – Lebih sejuta botol serum lebat rambut Jajja Chinta terjual kerana kualiti produk dan teknik pemasaran yang betul.

Pengasas Jajja Chinta Sdn. Bhd., Siti Hajar Elyana Muda berkongsi pengalaman kejayaan meningkatkan jualan selepas memasang banting di sekitar Terengganu pada peringkat awal bisnes.

“Daripada jualan sekitar RM8,000 sebulan, ia naik mendadak kepada RM18,000 dan terus naik pada bulan berikutnya.

“Masa itu saya dapat mesej Whatsapp tanpa henti, tak sangka ramai juga penduduk Terengganu yang mengalami masalah rambut,” katanya ketika ditemu bual baru-baru ini.

Jelas Siti Hajar, ilmu itu diperoleh setelah mengikuti program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) dan Millionaire Marketing Mastery (MMM) anjuran RichWorks.

Ketika syarikat pengeluar produk penjagaan rambut itu semakin berkembang, wanita ini mengambil keputusan menyertai Titanium Circle pada 2019.

“Dalam Titanium Circle, saya paling suka ilmu kepimpinan yang disampaikan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman memandangkan setakat ini, cabaran paling besar yang saya hadapi adalah untuk menguruskan pasukan,” ujarnya.

Jajja Chita memperoleh jualan RM2.1 juta pada 2019 dan RM6.9 juta pada 2020 sebelum ia meningkat kepada RM9.5 juta tahun lalu.

“Melalui keuntungan diperoleh bukan saya sahaja membayar zakat pendapatan, malah pekerja dan team turut melakukan perkara sama.

“Syarikat juga memberi ganjaran seperti pakej umrah, barang kemas dan kereta Myvi kepada keluaga besar Jajja Chinta,” katanya.

Bagi yang berminat mendapatkan maklumat lanjut, produk dan perkhidmatan ditawarkan anda boleh ke Facebook Jajja Chinta Hair Care Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI