fbpx

Isu warden akan diselesaikan secara holistik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi (kiri) beramah mesra dengan tetamu pada Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri dan Hari Terbuka Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2022 di pekarangan Kompleks Pentadbiran E, Putrajaya hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan sedang mengkaji isu berhubung keluhan guru warden asrama yang sekian lama tiada penyelesaian yang holistik.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, isu berkaitan lama sudah lama berlarutan yang memerlukan penyelesaian pelbagai aspek bagi memastikan perkara ini diselesaikan.

Katanya, isu warden sedikit berbeza kerana ia perkara khusus yang sedang diteliti kerana kita tahu isu warden ini bukanlah isu baharu.

“Saya tahu, semua warden tertanya-tanya tentang apakah pendekatan kementerian bagi menyelesaikan isu ini.

“Kita akan menyusun secara sistematik semua isu yang timbul termasuk elaun supaya ia boleh diselesaikan mengikut segmen dan perkara yang mudah dahulu. Penyelesaian ini akan dilakukan secara berperingkat,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri Dan Hari Terbuka KPM Tahun 2022 di perkarangan Kompleks Parcel E di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI