fbpx
BERTAHUN-tahun bertelingkah dan asyik balas-membalas dalam media sosial susulan isu orang ketiga, Izreen dan Intan akhirnya memilh berhubung kes saman antara mereka sebelum ini.

Pertikaian selesai secara baik, terima kasih Intan – Izreen Azminda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PILIH jalan damai, sengketa antara pelakon Izreen Azminda dengan bekas madunya, Intan Salleh yang berlarutan selama bertahun-tahun berakhir apabila masing-masing sepakat untuk bermaaf-maafan. 

Izreen atau nama sebenarnya, Izreen Azminda Aznam, 41, bersyukur apabila segala pertikaian antara mereka dapat diselesaikan secara baik sekali gus diharap mampu mengeratkan hubungan anak-anak. 

“Syukur Alhamdulillah ya Allah. Akhirnya pertikaian antara kami dapat diselesaikan secara baik. Terima kasih Intan.

“Harapan saya, selepas ini hubungan yang terjalin lebih terpelihara demi kebahagiaan kita bersama terutamanya untuk anak-anak,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram.

Dalam hantaran tersebut, Izreen turut memuat naik gambar mereka berdua berpelukan dipercayai di pekarangan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

Difahamkan, kedua-duanya hadir ke mahkamah bagi prosiding kes saman fitnah yang difailkannya pada 2023.

Pada masa sama, pelakon drama Hilangkah Janji Kita itu turut meminta maaf untuk setiap kekhilafan yang pernah dilakukan selama ini.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf jika sebarang tindakan atau perbuatan saya sebelum ini yang mengguris hati Intan dan mana-mana pihak.

“Segala perkongsian saya selepas ini adalah bersifat peribadi dan tidak merujuk kepada pihak lain,” ujarnya.

Berharap hubungan baik terus kekal terjalin, ibu kepada tiga anak itu berdoa segala perkara baik antaranya dengan Intan terus dipelihara Allah.

“Terima kasih sekali lagi Intan. Ya Allah, jagalah dan lindungilah hubungan ini sebaik-baiknya,” katanya.

Izreen tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih kepada peguamnya yang sentiasa bersama dan memberi nasihat sepanjang proses di mahkamah.

Kemelut antaranya dan Intan berlaku sejak perkahwinannya dengan Ude Wahid yang juga pemuzik pada 8 Ogos 2017.

Mereka saling berbalas komen ‘panas’ dalam media sosial yang meraih perhatian umum sehingga akhirnya perseteruan itu membawa kepada kes di mahkamah pada tahun 2024.

Ude sebelum ini pernah mengahwini Intan pada 1 Mac 2013 namun mereka bercerai pada 22 Mac 2018 iaitu selepas beberapa bulan wanita itu dimadukan.

Perkahwinan tersebut dikurniakan dua cahaya mata, manakala rumah tangga bersama Izreen pula diserikan tiga cahaya mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN