fbpx

Israel tidak lulus permit jual peluru berpandu kepada Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Israel hanya akan membekalkan senjata tidak membawa maut kepada Ukraine bagi mengelakkan konfrontasi langsung dengan Rusia. - EuroSpike

TEL AVIV – Israel tidak akan membenarkan Jerman menjual peluru berpandu anti kereta kebal Spike kepada Ukraine, lapor laman berita RT kelmarin.

Peluru berpandu itu dihasilkan di Jerman di bawah lesen Israel dan Tel Aviv perlu meluluskan eksportnya.

Pentagon meminta kelulusan penjualan tersebut daripada pegawai tertinggi Kementerian Pertahanan Israel semasa lawatannya ke Washington awal bulan ini tetapi telah ditolak.

Ini berikutan kebimbangan bahawa askar Rusia terbunuh oleh senjata buatan Israel yang mungkin akan membawa kepada Moscow bertindak menjejaskan  kepentingan keselamatan Tel Aviv di Syria.

Isu tersebut timbul dua minggu lalu apabila Ketua Pengarah Kementerian Pertahanan Israel, Amir Eshel melawat Amerika Syarikat (AS).

Timbalan Setiausaha Dasar Pentagon, Colin Kahl, telah meminta kebenaran untuk Jerman mengeksport Spikes ke Ukraine.

 Eshel menolak dengan memberitahu Kahl bahawa Israel hanya akan membekalkan Kiev dengan peralatan ketenteraan yang tidak membawa maut. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI