fbpx

Thailand mansuh peraturan wajib pakai pelitup muka Jun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELANCONG antarabangsa dilihat memakai pelitup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket. - AFP

BANGKOK – Kerajaan Thailand bakal memansuhkan mandat pemakaian pelitup muka di dalam dan luar bangunan pada pertengahan Jun ini selepas dua tahun berkuat kuasa, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam (MOPH), Dr. Kiattipoom Wongrachit dalam sidang akhbar di Surat Thani kelmarin.

Kiattipoom berkata, kementerian itu sedang mempertimbangkan untuk menggugurkan mandat berkenaan pada pertengahan Jun akan datang memandangkan keadaan Covid-19 di Thailand yang semakin pulih.

Meskipun ditamatkan, MOPH bagaimanapun mengesyorkan pemakaian pelitup muka dalam tiga keadaan termasuk orang yang dijangkiti Covid-19 atau berada dalam kumpulan berisiko tinggi, berada di ruang tertutup atau pengudaraan yang teruk serta di tempat yang sesak.

Pemansuhan peraturan tersebut dilihat penting bagi pemulihan industri pelancongan di Thailand. 

Pelancong sering terhalang daripada melakukan perjalanan kerana khuatir mendapat masalah apabila tidak memakai pelitup muka terutamanya di tempat terbuka seperti pantai.

Thailand telah mewajibkan pemakaian pelitup muka di dalam dan luar bangunan sejak dua tahun lalu pada 29 April 2020 dan tidak pernah memansuhkannya sehingga kini.

Keengganan mematuhi peraturan boleh menyebabkan individu dikenakan denda sehingga 20,000 baht (RM2,567).

Sementera itu, dalam sidang akbar yang sama, MOPH mengulangi cadangan bahawa kerajaan negara itu merancang untuk mengisytiharkan Covid-19 sebagai endemik dalam beberapa bulan akan datang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI