fbpx

Koperasi tidak terkesan dengan kenaikan OPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (dua dari kanan) ketika hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KUSKOP dan Agensi di Dewan Maksak, Presint 14, Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan mengadakan berbincangan dengan pihak koperasi bagi mengenal pasti kesan daripada langkah Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, langkah BNM itu sebenarnya tidaasi k melibatkan koperasi kerana koperasi dan bank mempunyai akta yang berbeza.

Katanya, kenaikan OPR sebenarnya memberi peluang kepada koperasi untuk menarik lebih ramai pelanggan kerana kadar yang dikenakan lebih rendah.

“Koperasi mempunyai akta berlainan dengan bank dan ini menyebabkan koperasi tidak mempunyai sistem seperti OPR.

“Apapun koperasi tidak terikat seperti bank maka sama ada berlakunya kenaikan ataupun tidak, ia akan dibincangkan dengan pihak berkaitan koperasi dalam tempoh terdekat,” katanya dalam majlis sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri KUSKOP di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM pada mesyuaratnya, memutuskan untuk menaikkan OPR, yang menjadi penanda aras rujukan kadar faedah pinjaman domestik sebanyak 25 mata asas kepada 2.00 peratus.

Kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 2.25 peratus dan 1.75 peratus.

OPR sebelum ini berada pada paras 1.75 peratus sejak 7 Julai 2020. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI