fbpx

[VIDEO] Bergaduh guna kayu besbol berebut teman wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang lelaki dibelasah menggunakan kayu besbol di sebuah restoran di Klang.

KLANG – Hanya kerana berebut teman wanita, sekumpulan pemuda bersenjatakan kayu besbol memukul seorang lelaki dalam kejadian di sebuah restoran di Taman Ehsan Jaya di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.10 pagi dengan insiden tersebut tular menerusi video berdurasi kurang seminit di laman Instagram.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, bertindak maklumat sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah ini dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah menahan lapan lelaki berusia 14 hingga 21 tahun di kawasan Kapar dan daerah Klang.

Katanya, turut dirampas beberapa telefon bimbit dan helai pakaian, sebuah motosikal dan juga dua batang besi besbol.

“Berdasarkan pengakuan awal, kesemua suspek ditangkap mengaku terlibat dalam kes tersebut.

“Siasatan mendapati kejadian berpunca daripada perebutan teman wanita yang melibatkan pelajar sekolah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihak tidak menolak kemungkinan wujud pengaruh unsur gangsterism atau kumpulan kongsi gelap kerana terdapat rakan mangsa dan suspek yang terdiri daripada lepasan sekolah.

Hoong Fong menjelaskan semakan rekod mendapati dua daripada suspek mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah.

“Kesemua suspek kini direman antara tiga hingga enam hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 148/326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Justeru, beliau menasihatkan ibu bapa untuk memantau pergerakan anak-anak mereka terutamanya pada waktu lewat malam supaya tidak keluar rumah tanpa sebab dan wajib mengambil tahu pergaulan serta latar belakang rakan-rakan mereka. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI