fbpx

Kes HFMD: 2 kanak-kanak di ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak dua kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) positif EV71 telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami komplikasi radang otak (encephalitis), berdasarkan data pada tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kedua-dua kes tersebut melibatkan kanak-kanak yang masing-masing berusia bawah enam tahun.

“Berdasarkan survelan jenis virus (enterovirus) di Malaysia, tiga virus utama yang menyebabkan penularan penyakit HFMD dalam komuniti pada tahun ini adalah Coxsackie A16 (CA16), Coksackie A6 (CA6) dan Enterovirus 71 (EV71),” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, sehingga hari terakhir minggu epidemiologi (ME) 20/2022 (pada 21 Mei), sejumlah 47,209 kes HFMD telah dilaporkan iaitu peningkatan sebanyak 20 kali ganda berbanding pada tahun 2021 sehingga ME yang sama, hanya mencatatkan 2,237 kes.

“Manakala kes dilaporkan bagi ME 20/2022 adalah 15,548 kes berbanding ME 19/2022 iaitu hanya 7,526 kes di seluruh negara, peningkatan sebanyak 106.6 peratus.

“Peningkatan kes pada ME 20 telah dijangkakan berikutan pergerakan penduduk Malaysia semasa sambutan hari raya,” katanya.

Tambah beliau, sehingga 21 Mei lalu, Selangor menyumbang jumlah kes terbesar berbanding negeri-negeri lain iaitu 13,640 kes (28.9 peratus).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI