fbpx

Giliran Sepanyol dilanda gelombang haba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERMOMETER bandar di jambatan Puente del Cachorro memaparkan bacaan suhu 42 darjah Celsius.- CNN

MADRID – Sebahagian kawasan di Sepanyol berdepan dengan fenomena gelombang haba yang teruk pada bulan ini dengan suhu dilaporkan mencecah 40.3 darjah Celsius di bandar Jaen pada Jumaat lalu, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Agensi Meteorologi Negara Sepanyol (Aemet) yang turut memberi amaran mengenai suhu tertinggi bakal dicatatkan di 17 wilayah negara berkenaan.

Menurut laporan, penduduk di selatan negara itu menggunakan kipas angin, kerap meminum air dan menyiram diri menggunakan air pancut pada Sabtu lalu ketika gelombang haba melanda wilayah autonomi Andalusia. 

Menerusi sebuah ciapan di laman Twitter, Aemet berkata, fenomena yang berlaku di bandar Jean dengan suhu meningkat lebih 16 darjah Celsius itu adalah lebih tinggi berbanding purata pada tahun ini.

“Bahagian lain di semenanjung Sepanyol merekodkan sekurang-kurangnya 7 darjah Celsius, lebih tinggi daripada purata biasa.

“Peristiwa ini sangat luar biasa untuk pertengahan Mei dan boleh menjadi salah satu kejadian paling teruk dalam tempoh 20 tahun yang lalu,” kata jurucakap AEMET, Ruben del Campo.

Suhu pada awal pagi Sabtu lalu dilaporkan tidak turun di bawah 25 darjah Celsius di kebanyakan kawasan. AEMET menyatakan bahawa ia merupakan sesuatu yang tidak pernah berlaku di semenanjung negara itu pada bulan Mei.

Agensi itu turut memaklumkan bahawa badar Segovia telah mengalami ‘malam tropika’ pertama pada Mei apabila suhu pada waktu malam berada di atas paras 20 darjah Celsius. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI