fbpx

Polis nafi petugas DUN Gombak Setia ditahan bersama empat beg ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PDRM

GOMBAK – Polis menafikan dakwaan yang tular di media sosial berhubung serbuan polis merampas empat beg daun ketum di Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, serbuan pada pukul 10.45 malam itu sebaliknya dilakukan di pekarangan Dewan Beringin, Taman Sri Gombak di sini semalam.

“Suspek berusia 29 tahun itu bukan petugas di Pejabat Penyelaras DUN Setia Gombak Setia.

“Rampasan dilaksanakan dalam sebuah khemah di pekarangan Dewan Beringin, bukan dalam pejabat penyelaras DUN Gombak Setia seperti dakwaan yang tular,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan, operasi itu menahan seorang lelaki tempatan serta merampas dua biji pil disyaki dadah eramin 5, satu botol dan lima bungkusan disyaki air ketum.

Menurut Zainal, dewan terbabit adalah dewan serbaguna yang digunakan penduduk Taman Sri Gombak serta kawasan berhampiran.

“Suspek kini direman selama empat hari bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak benar,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI