fbpx

LKM percuma untuk kenderaan ubahsuai jadi rumah ibadat bergerak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zailani (dua dari kiri) menyerahkan replika LKM percuma kepada Yusuf Hadi Al-Hafiz (kiri) di JPJ Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara rasmi memberi kebenaran penggunaan rumah ibadat bergerak yang diubahsuai daripada kenderaan lain seperti bas sekolah dan kilang.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, perkhidmatan rumah ibadat bergerak itu akan dilesenkan dibawah kod bas perkhidmatan bergerak selain diberi insentif Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan percuma.

Beliau berkata, setakat ini, sebuah surau bergerak yang diubahsuai daripada sekolah milik Persatuan Peniaga Trak Makanan Jambatan Angkat Kuala Terengganu atau Drawbrigde telah menerima kebenaran tersebut.

“Surau bergerak ini diletakkan di lokasi tumpuan ramai yang tiada rumah ibadat bagi memberi kemudahan masyarakat beragama Islam mengerjakan sembahyang lima waktu.

“Ini usaha fardu kifayah JPJ dan negeri-negeri juga disyorkan mengambil langkah sama. Saya pernah tengok perkhidmatan sama di Jepun,” katanya ketika ditemui dalam majlis Hari Raya Aidilfitri di JPJ Terengganu di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyerahkan LKM kepada pemilik surau bergerak terbabit iaitu Yusuf Hadi Al-Hafiz Sapai yang juga Pengerusi Persatuan Peniaga Trak Makanan Drawbrigde.

Zailani berkata, sebelum kebenaran diberikan, kenderaan yang diubahsuai sebagai rumah ibadat bergerak itu perlu menjalani pemeriksaan dengan Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI