fbpx
Saifuddin pada sidang akhbar selepas meninjau Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID/KOSMO!

4.6 juta pelawat masuk melalui KLIA dalam tiga bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan kawalan pintu masuk negara terus menjadi keutamaan susulan peningkatan mendadak kemasukan pelawat ke Malaysia.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebanyak 4.6 juta pelawat direkodkan memasuki negara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA 1) dan KLIA Terminal 2 bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

“Lonjakan tersebut dipacu kempen Tahun Melawat Malaysia serta memberi impak besar kepada sektor pelancongan.

“Apabila angka kemasukan tinggi, tahap kesiapsiagaan keselamatan juga mesti ditingkatkan. Kelancaran tidak boleh mengatasi keselamatan,” katanya dalam sidang akhbar di KLIA hari ini.

Tambah Saifuddin, hampir 5,000 kamera litar tertutup (CCTV) digunakan di lapangan terbang terbabit bagi memperkukuh pemantauan keselamatan pintu masuk negara.

Menteri Dalam Negeri berkata, penggunaan teknologi itu membantu mengesan pelbagai pelanggaran termasuk cubaan mengelak pemeriksaan dan ketidakpatuhan dokumen perjalanan.

“Pemantauan ini amat penting kerana kita berdepan cabaran seperti pelawat cuba lolos pemeriksaan, dokumen tidak sah serta insiden salah laku dalam terminal,” ujarnya.

Katanya, kerjasama antara Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) serta Jabatan Imigresen mempertingkat keupayaan penguatkuasaan.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN