fbpx

Jangkitan Covid-19 di Korea Utara cecah 2 juta kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAKITANGAN stesen kereta api melakukan kerja-kerja membasmi kuman di stesen Pyongyang pada 18 Mei lalu. - AFP

PYONGYANG – Korea Utara kelmarin melaporkan 262, 270 lagi kes disyaki Covid-19 ketika jumlah keseluruhan jangkitan koronavirus di negara komunis itu hampir mencecah angka dua juta, lapor laman berita Huffpost kelmarin. 

Angka itu direkodkan seminggu selepas Pyongyang mengakui mengalami penularan Covid-19 dan sedang bergelut untuk mengatasi jangkitan terhadap populasinya yang tidak divaksin.

Negara itu dilaporkan turut cuba menghalang ekonominya daripada terus merosot tetapi wabak itu berkemungkinan lebih teruk berbanding yang dilaporkan secara rasmi kerana kekurangan ujian saringan dan sumber penjagaan kesihatan.

Selain itu, laporan kematian juga didakwa dikurangkan untuk mengurangkan kesan politik terhadap pemimpin Kim Jong-Un.

Ibu pejabat antivirus Korea Utara melaporkan satu lagi kematian kelmarin, menjadikan korban Covid-19 negara itu meningkat kepada 63 orang. Menurut bebera pakar, jumlah itu adalah sangat  kecil berbanding kes yang begitu besar..

Agensi berita rasmi KCNA melaporkan, lebih 1.98 juta penduduk Korea Utara mengalami demam sejak akhir April lalu. 

Kebanyakan mereka dipercayai dijangkiti Covid-19, walaupun hanya beberapa jangkitan Omicron telah disahkan. Sekurang-kurangnya 740,160 penduduk telah diarah menjalani kuarantin, lapor KCNA.

Jangkitan Covid-19 di Korea Utara dikesan di tengah-tengah provokasi demonstrasi senjata oleh Korea Utara termasuk ujian pertama peluru berpandu balistik antara benua yang dijalankan pada Mac lalu sekali gus yang pertama dalam tempoh lima tahun.  – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI