fbpx

LBS catat hasil untung RM409.02 juta suku pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Sri Lim Hock San

PETALING JAYA – LBS Bina Group Berhad (LBS) mencatat hasil keuntungan sebanyak RM409.02 juta bagi tempoh suku pertama kewangan berakhir 31 Disember 2022 berban­ding RM402.55 juta suku pertama 2021.

Keuntungan sebelum cukai direkodkan sebanyak RM54.26 juta dan keuntungan selepas cukai bagi tempoh berkenaan juga adalah sebanyak RM33.80 juta dengan peningkatan tahun ke tahun masing-masing sebanyak 2.14 peratus dan 2.7 peratus.

Keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATMI) mencatatkan sebanyak RM30.16 juta dengan peningkatan dari tahun ke tahun sebanyak 20 peratus, meskipun berhadapan dengan konflik peperangan Rusia dan Ukraine yang memberi kesan kepada peningkatan harga bahan mentah.

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, segmen pembangunan hartanah masih merupakan penyumbang terbesar kepada keuntungan Kumpulan dan rekod pemba­ngunan hartanah mencatatkan peningkatan kepada 96.2 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan iaitu RM393.48 juta, dengan peningkatan dari tahun ke tahun sebanyak satu peratus.

Lukisan grafik salah satu projek LBS yang menyokong menjana pendapatan Kumpulan.

“Pendapatan yang stabil ini didorong oleh kadar pengambilan positif daripada projek-projek di Lembah Klang seperti Residensi Bintang Bukit Jalil, LBS Alam Perdana dan KITA @ Cybersouth,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Selain itu, Kumpulan turut mengumumkan bahawa projek pembangunan di Lembah Klang telah menyumbang lebih daripada 80 peratus daripada pendapatan hasil bagi suku pertama tahun 2022.

Tambah beliau, sehingga 17 Mei 2022, LBS telah berjaya memperoleh jualan sebanyak RM593 juta dan tempahan dalam perancangan sebanyak RM561 juta.

Sehingga 30 April 2022, jualan tanpa bil mencatatkan seba­nyak RM2.4 bilion, bakal memberi pulangan secara positif kepada Kumpulan untuk tempoh beberapa tahun ke hadapan.

Walau LBS masih berhadapan dengan suku pertama yang mencabar berikutan kenaikan harga barangan mentah dan kekura­ngan tenaga pekerja, sekali gus memberi kesan kepada sentimen pasaran dan industri semasa.

“Namun begitu, LBS akan te­rus konsisten dalam mengekalkan keputusan yang terbaik,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI