fbpx
Nilai mata wang semasa melibatkan RM224.16 bersamaan 1 juta rupiah hari ini.

Duit Malaysia ‘makin mahal’, 1 juta rupiah bersamaan RM224

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Nilai mata wang rupiah Indonesia dilaporkan terus menunjukkan penyusutan berbanding ringgit Malaysia hari ini, dengan trend penurunan yang berlarutan sejak beberapa minggu kebelakangan.

Semakan kadar tukaran mata wang semasa menerusi platform penukaran wang antarabangsa menunjukkan RM1 kini bersamaan sekitar 4,461 rupiah, sekali gus memberi kelebihan lebih besar kepada rakyat Malaysia yang berbelanja di negara jiran itu.

Malah, berdasarkan kadar semasa, kira-kira RM224 sahaja sudah boleh ditukar kepada 1 juta rupiah, berbanding RM227 awal bulan ini.

Perkembangan itu turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang menyifatkan ‘duit Malaysia makin mahal’ di Indonesia terutama bagi tujuan melancong, membeli-belah dan urusan perniagaan rentas sempadan.

“Sempat lagi nak ke Indonesia shopping (beli-belah) baju raya haji. Rasanya terakhir ke sana 1 juta rupiah sekita RM335 duit kita. Sekarang untung banyak,” kata Sofia.

“Dah boleh simpan sikit-sikit rupiah untuk trip masa depan. Kalau nak tukar rupiah kat Wise sekarang tunggu sekejap lagi bila dia turun. Selepas itu boleh guna kalau datang Indonesia nanti. Kalau tak guna, boleh convert (tukar) semula ke RM,” kata Arifeddy.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan rupiah mencecah paras terendah baharu berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), walaupun pihak Bank Indonesia telah mengambil langkah campur tangan bagi menstabilkan mata wang berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN