fbpx

Harga naik, tidak jejas Platinum Oil tawar produk berkualiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Produk Platinum Oil yang telah berada di pasaran sejak lebih 12 tahun lalu.

SHAH ALAM – Syarikat Platinum Oil & Gas berkeyakinan terhadap potensi jualan dan penguasaan pasarannya kekal stabil meskipun harga produknya me­ningkat sedikit ekoran kenaikan harga bekalan bahan mentah sekitar 15 hingga 20 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Datuk Seri Suhaimi Hashim berkata, pihaknya akan terus menawarkan produk terbaik kepada pelanggan setia, khususnya pengguna produk minyak enjin kenderaan berprestasi tinggi keluaran syarikat sejak lebih 12 tahun lalu.

“Platinum Oil tetap menjadi pilihan pengguna walaupun daripada segi harga berlaku sedikit kenaikan sepertimana yang ber­laku kepada jenama minyak pelincir lain di pasaran ketika ini.

Suhaimi

“Walaupun berlaku kenaikan harga, kita langsung tidak berkompromi dengan soal kua­liti yang menjadikan produk kita jadi pilihan pengguna sejak lebih sedekad lalu,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Selain itu, Suhaimi menerangkan, prihatin untuk membantu individu yang terjejas daripada pandemik Covid-19 untuk berkecimpung dalam dunia perniagaan, syarikat kini membuka peluang perniagaan kepada mereka yang berminat untuk menjadi rakan niaga syarikat.

Tambah beliau, melalui pe­luang berpotensi ini, ia akan dapat membantu mereka menjana pendapatan dalam fasa peralihan ke fasa endemik sekali gus membantu merancakkan lagi semula ekonomi dalam negara. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI