fbpx

Banjir kilat di Baling pulih, PPS ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BALING – Kejadian banjir kilat membabitkan 54 buah rumah di lima kampung dalam mukim Tawar dan Kupang di sini semalam pulih apabila air surut sepenuhnya pada pagi ini.

Kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu membabitkan empat kampung di mukim Kupang iaitu Kampung Bukit Iboi sebanyak 13 rumah, Kampung Charok Kapas (12), Kampung Bendang Padang (5) dan Kampung Seberang Jaya Sadek (2).

Bagi mukim Tawar pula, hanya sebuah kampung terjejas iaitu Kampung Padang Setol membabitkan 22 rumah.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Kapten (PA) Rasidah Kassim berkata, keadaan banjir di mukim Kupang surut kira-kira pukul 5 petang pada hari yang sama dan tiada mangsa yang perlu dipindahkan.

“Sementara di mukim Tawar, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka pada pukul 8.30 malam tadi bagi menempatkan 28 mangsa daripada enam keluarga ditutup pada pukul 9.30 pagi ini.

“Semua kawasan yang dinaiki air di Tawar surut sepenuhnya pada pukul 10 pagi ini,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI