fbpx

10 lelaki ditahan main judi belangkas di pasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barangan milik suspek termasuk peralatan disyaki digunakan untuk bermain judi belangkas yang dirampas dalam serbuan di sebuah pasar di Alor Setar Kedah hari ini.

ALOR SETAR – Seramai 10 lelaki diberkas kerana disyaki bermain judi belangkas dalam serbuan di sebuah pasar besar di sini awal pagi tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 2.30 pagi itu, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 37 hingga 66 tahun dan merupakan peniaga di pasar tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Datuk G. Suresh Kumar memberitahu, bertindak atas maklumat, sepasukan polis Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah membuat serbuan di pasar besar di Jalan Tunku Abdul Rahman itu.

Katanya, serbuan mendapati sekumpulan lelaki berkumpul mengelilingi sebuah meja batu disyaki bermain judi jenis belangkas.

“Polis kemudian menahan seramai 10 lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan itu.

“Kita turut merampas wang pertaruhan berjumlah RM620 serta beberapa barang rampasan lain,” katanya di sini hari ini.

Katanya, antara barang dirampas termasuk peralatan yang digunakan untuk berjudi iaitu pinggan kaca warna putih, bungkusan plastik mengandungi beras dan buah dadu bergambar belangkas, ikan, bunga dan udang.

“Hasil siasatan mendapati semua suspek mengaku  bermain judi belangkas di pasar tersebut selepas Hari Raya Aidilfitri,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI