fbpx
LHDN menasihati orang ramai agar mengesahkan terlebih dahulu dakwaan pemanggil yang menyamar sebagai agensi berkenaan.

LHDN tidak hubungi pelanggan lewat petang, malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Orang ramai perlu sentiasa peka dan tidak mudah terpedaya apabila menerima panggilan daripada mana-mana individu yang menyamar pengawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terutama pada hujung minggu atau hari cuti umum.

Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Ranjeet Kaur berkata, pihaknya tidak akan menghubungi pembayar cukai pada waktu-waktu ber­kenaan termasuk selepas tamat waktu pejabat.

Katanya, semua urusan percukaian akan dilaksanakan pada waktu pejabat sahaja dan LHDN juga tidak pernah bekerjasama dengan mana-mana Ibu Pejabat Polis atau agensi penguatkuasaan bagi tujuan pengesahan tunggakan cukai.

“Kita akan menghubungi orang ramai sekiranya mereka mempunyai tunggakan, dengan tujuannya adalah untuk bayaran (tunggakan) dapat diaturkan. Bagaimanapun ia hanya melibatkan akaun LHDN dan tidak sekali-kali akan menggunakan akaun pihak ketiga.

“Perbuatan scammer atau pihak yang tidak bertanggungjawab ini sememangnya berniat untuk menjatuhkan imej serta reputasi LHDN sebagai agensi kutipan cukai kerajaan yang berintegriti,” katanya.

Tambahnya lagi, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh orang ramai untuk mengesahkan terlebih dahulu dakwaan pemanggil tersebut.

“Sahkan dahulu dakwaan pemanggil itu. Betulkah dia (pene­rima panggilan) mempunyai tunggakan cukai dengan LHDN dan terdapat banyak cara untuk dapatkan pengesahan,” katanya.

Jelasnya, lebih penting adalah orang ramai perlu berkongsi perkara ataupun masalah yang dimaklumkan pemanggil dengan ahli keluarga mereka atau individu rapat.

Ujasnya, ini kerana modus ope­randi scammer ialah mela­rang mangsa berkongsi arahan diterima dengan orang lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN