fbpx
BAHAGIAN sisi SUV ini kelihatan begitu menyerlah ciri premium menerusi binaan yang tampak teguh dan rim dua tona warna.

Karakter burung pada SUV Harrier unik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REKAAN generasi keempat kenderaan utiliti sukan (SUV) premium, Toyota Harrier ini kelihatan menarik dari semua sudut meliputi depan, sisi dan belakang dengan karakter burung yang menjadi lambangnya digarap begitu menyerlah.

Rekaan generasi keempat keseluruhan kenderaan SUV ini kelihatan menarik dari semua sudut meliputi depan, sisi dan belakang.

Karakter burung yang merupakan watak penting di sebalik lambang Harrier jelas kelihatan pada bahagian hadapan selain rekaan lampu hadapan Bi-LED dan lampu nyalaan siangnya yang menyerupai mata haiwan itu. Jeriji gril pula ibarat paruhnya. Mantap!
———————————————————————————————————————————————————————————-

PENILAIAN tentang rekaan sesebuah kenderaan sebenarnya bersifat subjektif kerana dibuat bersandarkan pandangan peribadi seseorang berdasarkan minat masing-masing.

Ada sesetengah kenderaan yang kelihatan aneh di mata kita, mungkin disukai orang lain. Begitulah juga sebaliknya.

Pada bulan April tahun lalu, UMW Toyota Motor (UMWT) telah melancarkan generasi keempat model Harrier dengan kod XU80 yang boleh dikatakan mempunyai karakter unik di negara ini.

Sebelum UMWT membawa masuk model generasi ketiga secara sah, Harrier hanya dijual oleh pihak penjual kenderaan import terpakai.
Setelah melihat permintaan yang menggalakkan, UMWT telah membawa masuk model generasi keempat ini tidak sampai setahun selepas dilancarkan di Jepun.

Model generasi pertama dan keduanya merupakan kembar kepada Lexus RX, namun model ini menggunakan platform sama dengan model RAV4 yang dibangunkan menggunakan platform Toyota New Global Architecture (TNGA) GA-K.

SALAH salah rekaan tajam pada bahagian belakang kereta ini.

Baru-baru ini, penulis telah diberi peluang untuk memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) yang turut dikenali sebagai Venza di Amerika Utara dan China ini selama satu minggu.

Pada pandangan saya, rekaan generasi keempat keseluruhan kenderaan SUV ini kelihatan menarik dari semua sudut meliputi depan, sisi dan belakang.

Karakter burung yang merupakan watak penting di sebalik lambang Harrier jelas kelihatan pada bahagian hadapan selain rekaan lampu hadapan Bi-LED dan lampu nyalaan siangnya yang menyerupai mata haiwan itu. Jeriji gril pula ibarat paruhnya. Mantap!

Di sebelah sisi, kita dapat lihat rekaan sebuah SUV bertaraf premium. Penggunaan rim dua tona warna bersaiz 18 inci dengan tayar 2225/60 melengkapkan kemasan di bahagian sisi.

Di bahagian belakang pula, lampu brek jenis panjangnya terletak pada spoiler, lampu belakang LED pada bahagian tengah, manakala lampu undur dan lampu isyarat terletak pada bahagian bampar. Dua ekzos berkembar di bahagian belakang sebagai pelengkap rupa parasnya.

Masuk ke ruang dalam, beberapa ciri-ciri canggih yang sebelum ini hanya didapati pada Lexus, ada pada model ini seperti bumbung panoramik yang dilengkapi kaca elektrokromatik yang boleh digelapkan melalui sentuhan butang kawalan.

REKAAN hadapannya membawakan karakter burung yang kuat antaranya pada bentuk lampu nyalaan siangnya yang menyerupai mata haiwan itu dan jeriji gril umpama paruh.

Selain itu, model ini memperkenalkan cermin pandang belakang paparan digital (seperti di Lexus LM350) yang mempamerkan imej langsung dari kamera sudut lebar berdefinisi tinggi sekali gus membolehkan penglihatan lebih jelas pada waktu malam dan menghapuskan silau.

SUV ini menggunakan enjin 2.0 liter berkod M20A-FKS dan transmisi Direct Shift Continuously Variable Transmission (CVT) dengan Sequential Shiftmatic 10 kelajuan. Kombinasi itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 173PS dan tork puncak pada 203Nm.

Penggunaan enjin terbaharu jenis Dynamic Force empat silinder DOHC dengan Dual VVT-i mampu dikawal secara elektronik untuk mendapatkan maklum balas lebih cepat.

Transmisi CVT dengan Sequential Shiftmatic membolehkan penukaran gear berlaku dengan lancar dan menawarkan tiga mod pemanduan berbeza seperti Eco, Normal dan Sport menggunakan butang di konsol tengah.

KECANGGIHAN terserlah pada bahagian dalam kenderaan.

Sekadar makluman, SUV ini direka berstruktur badan lebih kukuh dengan titik graviti lebih rendah bagi memberikan keselesaan, kelincahan serta prestasi pemanduan lebih baik.

Berbanding generasi terdahulu, model Harrier ini mempunyai kelebaran dan jarak antara roda lebih 20 milimeter (mm), manakala ketinggian pula dikurangkan sebanyak 30mm.

Struktur kukuh Harrier lebih seimbang kerana geometri suspensi depan dan belakangnya yang dioptimumkan di samping memberikan keyakinan dan pemanduan yang jitu.

Kesimpulannya, sejak model ini pertama kali diperkenalkan pada tahun 1997, nama Harrier telah popular di Malaysia dengan membawakan inti pati SUV urban premium. Secara tidak langsung menjadikannya pilihan bagi kegunaan keluarga, perniagaan mahupun kegunaan golongan kehormat.

Generasi keempat Harrier mungkin boleh dijadikan penanda aras bagi SUV premium terutama pada bahagian depan dan profil sisi yang kelihatan tegap, manakala bahagian belakangnya yang lebih tirus berjaya membawakan watak sporty dalam masa sama kelihatan premium.

Bagi saya, rekaan Harrier generasi keempat ini kelihatan matang berbanding generasi terdahulu.

BAHAGIAN dalam kenderaan ini dilengkapi bumbung panoramik dengan kaca elektrokromatik.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN