fbpx

Alasan mabuk melampau diterima bagi jenayah serangan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BANGUNAN Mahkamah Agung Kanada di Ottawa. - educaloi.qc.ca

OTTAWA – Mahkamah Agung Kanada memaklumkan bahawa suspek serangan seksual boleh menggunakan alasan mabuk yang keterlaluan sebagai pembelaan kes, lapor portal berita MailOnline semalam.

Mahkamah itu mendapati undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen pada 1995 yang melarang pembelaan kes itu adalah tidak berperlembagaan dan melanggar Piagam Hak dan Kebebasan negara.

Hakim telah membuat keputusan terhadap tiga kes jenayah yang dilakukan ketika suspek mabuk pada Jumaat lalu dengan dua defendan dibebaskan dan satu yang lain perlu dibicarakan semula. 

Keputusan yang dibuat oleh mahkamah itu telah melanggar undang-undang persekutuan yang disokong oleh kumpulan-kumpulan advokasi wanita.

“Ia memberi kesan ke atas prinsip keadilan asasi kerana tidak seimbang dengan faedah awam yang menyeluruh.

“Oleh itu, ia harus diisytiharkan tidak berperlembagaan dan tidak mempunyai kuasa atau kesan,’’ kata Hakim Mahkamah Agung, Nicholas Kasirer.

Mahkamah memutuskan bahawa defendan mempunyai hak pembelaan bahawa dia berada dalam keadaan mabuk yang sangat melampau yang serupa dengan automatisme atau kegilaan, menjadikannya tidak mampu bertindak secara sukarela atau melakukan perkara yang salah.

Data kerajaan menunjukkan, empat daripada lima mangsa keganasan pasangan adalah wanita yang lebih lima kali ganda berkemungkinan mengalami serangan seksual pada 2019. 

Oleh yang demikian, mahkamah itu menggesa parlimen untuk membawa masuk undang-undang untuk membantu mangsa jenayah yang disebabkan oleh orang yang terlampau mabuk.

“Melindungi mangsa keganasan demi kesaksamaan wanita dan kanak-kanak yang terdedah kepada penjenayah mabuk adalah satu tujuan sosial yang mendesak dan penting,’’ kata hakim. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI