fbpx

Mike bebas Covid-19 dibenarkan bertanding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIKE pada mulanya dikesan positif Covid-19, namun selepas lima kali ujian dijalankan, akhirnya dia dapati negatif dan dibenarkan bertanding.

HANOI – Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) boleh menarik nafas lega selepas prospek emas negara, Mohd. Syarul Azman Mahen Abdullah dibenarkan mengambil bahagian pada temasya Sukan SEA Vietnam 2021 selepas pada mulanya dikesan positif Covid-19.

PBBM mengakui pihaknya sedikit cemas dengan keadaan tersebut namun selepas menjalani ujian sebanyak lima kali memastikan Mr Asia lima kali itu bebas daripada sebarang jangkitan wabak berbahaya tersebut.

Pengurus pasukan, Syed Fairus Syed Ali menegaskan Syarul Azman atau mesra dengan panggilan Mike dipantau rapi sejurus dikesan positif Covid-19 sebaik sahaja tiba di bumi Hanoi pada Rabu lalu.

Tegas Syed, selepas menjalani lima ujian, Mike bebas dari Covid-19 sekali gus boleh mengambil bahagian dalam acara Men’s Athletics Physique’ pada Ahad nanti.

“Kita telah buat ujian di Kuala Lumpur dan keputusan adalah negatif. Bila sampai ke tiba di Hanoi dan menjalani ujian di tempat penginapan, Mike dikatakan positif sekali gus menjalani kuarantin.

“Mike tidak mengalami sebarang simptom malah dia kekal tenang kerana dia juga pernah lalui tugas berat lebih berat sewaktu latihan.

“Kini Mike boleh tenang selepas ujian mendapati dia bebas dari Covid-19 dan akan mengambil bahagian pada Ahad nanti,” katanya ketika ditemui di sini sebentar tadi.

Sementara itu, skuad angkat berat negara membuka aksi pertama dengan langkah kanan apabila berjaya meraih satu pingat perak menerusi Azri Asmat Safri dalam kategori 55 kilogram (kg) lelaki dan Melvern Abdullah menyumbang pingat gangsa dalam kategori 65kg lelaki. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI