fbpx
MORAES meledak dua gol ketika membantu Selangor menewaskan Nam Dinh pada aksi separuh akhir pertama kelmarin.

ACC: Selangor bawa bekal ke Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JURULATIH Selangor FC, Kim Pan-gon memuji semangat juang tinggi yang dipamerkan anak buahnya selepas berjaya mencatat kemenangan penting 2-1 ke atas Nam Dinh FC dalam aksi Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC), kelmarin.

Pada aksi separuh akhir pertama di Stadium MB Petaling Jaya itu, penyerang sensasi Gergasi Merah, Chrigor Moraes muncul wira apabila meledak dua gol untuk membawa bekalan tipis sebelum aksi kedua, minggu depan.

Menurut Pan-gon, perlawanan itu berlangsung cukup sengit memandangkan kelab Vietnam itu merupakan lawan yang memiliki kekuatan fizikal serta intensiti permainan tinggi.

“Ia aksi yang sukar kerana Nam Dinh sangat kuat. Bagi saya, ia perlawanan seimbang dengan kedua-dua pasukan memiliki peluang 50-50.

“Secara peribadi, barisan pemain tampil dengan prestasi yang cukup agresif selain mempamerkan semangat berpasukan sepanjang 90 minit perlawanan,” katanya.

Bekas pengendali Harimau Malaya itu turut mengakui sokongan padu penyokong di laman sendiri menjadi antara faktor penting kejayaan pasukan meraih kemenangan.

“Sokongan penyokong memang sangat kami hargai. Kami sedar kita tidak boleh siakan peluang bermain di tempat sendiri.

“Sasaran kami adalah untuk menang bagi membawa bekalan pada aksi timbal balik nanti dan misi tersebut berjaya dilunaskan.

“Namun, ini bukanlah aksi sempurna kerana kita masih melakukan beberapa kesilapan, tetapi ini adalah perkara biasa dan kita cuba perbaiki selepas ini,” katanya.

Saingan ACC menjadi kejohanan tunggal buat Selangor FC untuk memulihkan maruah dalam usaha menjulang trofi berprestij pada musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN