fbpx

Selangor, KL hujan lebat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Sebanyak 10 negeri di Semenanjung Malaysia menerima amaran ribut petir dan hujan lebat sehingga pukul 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, antara negeri terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Di Kedah, kawasan terlibat antaranya Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak meliputi Kerian, Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta serta Kampar.

“Bagi Kelantan, ia melmbabitka Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang selain Hulu Terengganu dan Dungun di Terengganu,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Kata MetMalaysia, amaran tersebut turut melibatkan keseluruhan kawasan di Melaka serta beberapa kawasan di Johor seperti Tangkak, Segamat, Muar dan Mersing.

“Ribut petir dan hujan lebat juga dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah hingga pukul 8 malam nanti.

“Antara kawasan terlibat di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI