fbpx

AirAsia beri jaminan tambah baik perkhidmatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEXANDER (kanan) mendengar penjelasan daripada Kamarudin pada sesi libat urus diadakan dengan kementerian hari ini.

PUTRAJAYA – Syarikat penerbangan tambah rendah tempatan, AirAsia memberi jaminan bahawa mereka akan menambah baik dan memastikan perkhidmatan yang lebih berkualiti.

Demikian antara intipati didedahkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menerusi ciapan akaun Twitter beliau hari ini.

Ia hasil pertemuan beliau sendiri dan pegawai kanan kementeriannya bersama pengurusan tertinggi AirAia yang diketuai Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Datuk Kamarudin Meranun.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutifnya, Riad Asmat serta Ketua Setiausaha kementerian, Azman Mohd. Yusof dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna), Datin Roszaina Wahab.

“Mereka sedia tambah baik perkhidmatan, namun menegaskan bahawa isu keselamatan tetap diutamakan,” ciap Alexander sebagai mengulas keputusan sesi pertemuan itu hari ini.

AirAsia menjadi bahan kritikan ramai warganet terutama pelanggannya yang kecewa susulan penundaan jadual penerbangan ketika kemuncak tempoh musim perayaan awal bulan ini.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, AirAsia sudah memberi penerangan secara teknikal dan justifikasi kepada rentetan isu kelewatan penerbangan baru-baru ini di seluruh negara.

“Mereka juga memaklumkan kepada saya mengenai usaha mitigasi atau penyelesaian bagi mengelak masalah yang sama itu daripada terus berulang pada masa depan,” jelas beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI