fbpx

‘Runner’ Puspakom terkejut jumpa ular sawa 70 kg dalam enjin kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor ular sawa seberat 70 kilogram ditemui dalam ruangan enjin sebuah kereta di Puspakom di Pengkalan Chepa, Kota Bharu semalam. - FOTO: IHSAN ORANG AWAM

KOTA BHARU – Seorang lelaki yang berperanan sebagai ‘runner’ terkejut apabila menemui seekor ular sawa batik seberat kira-kira 70 kilogram pada bahagian enjin kereta yang dibawa untuk pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di Pengkalan Chepa di sini semalam.

Penemuan reptilia sepanjang 2.5 meter itu disedari oleh kakitangan Puspakom ketika menjalankan pemeriksaan terhadap kereta jenis Proton Wira itu kira-kira pukul 10 pagi.

Menurut Yuzaimi Mohd. Yusof, 48, berkata, dia terkejut dengan kejadian itu selepas melihat beberapa orang sedang mengerumuni kereta yang dibawanya ke Puspakom semasa berada di kaunter pusat tersebut.

Menurutnya, ramai yang terkejut selepas melihat ular tersebut pada ruangan enjin kereta yang sedang beratur untuk menunggu giliran pemeriksaan.

“Menyedari ada ular, kakitangan Pusakom kemudian cuba mengeluarkan ular tersebut dari dalam enjin kereta tersebut.

“Ular tersebut berjaya dikeluarkan dalam tempoh 20 minit selepas dibantu oleh individu yang tidak dikenali,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Yuzaimi memberitahu, lelaki itu memasukkan ular tersebut ke dalam sebuah lori sebelum memaklumkan akan melepaskannya ke kawasan hutan.

Menurutnya, dia pernah berdepan kejadian menemui ular sawa dalam kereta pelanggan yang dibawanya cuma tidak menyangka saiznya agak besar kali ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI