fbpx

Samakan tandas dengan syurga, Sharifah Sakinah dikecam jahil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Sharifah Sakinah dikecam hebat netizen gara-gara menyamakan sebuah tandas mewah sejuk seperti di syurga.

Sakinah atau nama lengkapnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired berkongsi video pendek dalam Instagram menyaksikan dirinya melakukan ‘lawatan’ di dalam sebuah tandas yang diperbuat daripada material jenama mewah dunia seperti Louis Vuitton dan Gucci.

“Orang kata kat tandas banyak setan (syaitan). Sejuk macam syurga tanda awak siap ada kipas LV dan Gucci,” tulisnya sebagai kapsyen dalam video yang dimuat naik.

Disebabkan analogi yang disifatkan jahil oleh segelintir netizen, kekaguman Sakinah terhadap tandas mewah mengundang bertubi-tubi kecaman menerusi ruangan komen.

“Bukan orang kata, Nabi kata. Sebab itu kena baca doa nak masuk tandas. Tandas jangan jangan hias cantik-cantik sangat dan jangan lama-lama dalam tandas.

“Sejuk macam syurga? Agak-agaklah ayat.

“Begitu sahaja ‘standard’ syurga awak? Koman naaa (terlalu biasa),” demikian antara komen yang ditinggalkan netizen.

Perkongsian video berkenaan yang dimuat naik Sakinah mendapat hampir 20,000 tanda suka dan membuatkan ramai netizen berbalah dan memberikan pendapat masing-masing terutama berhubung kewajaran tandas, sebuah tampat kotor disamakan dengan destinasi suci iaitu syurga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI