fbpx

Kasut lusuh Balenciaga boleh ditempah dengan harga RM2,738

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Koleksi edisi terhad ini membawa mesej kasut Balenciaga selayaknya dipakai pemilik sepanjang hayat. - Balenciaga

PARIS – Jenama fesyen mewah, Balenciaga kembali mengundang kritikan apabila melancarkan koleksi kasut yang mengetengahkan tema terlalu lusuh dan buruk, lapor laman Hypbae, hari ini.

Koleksi terbaharu itu datang dalam dua gaya berbeza iaitu ‘high cut’ dan ‘mule’.

‘Mule’ adalah gaya kasut yang tidak mempunyai bahagian belakang atau kekangan di sekeliling tumit kaki.

Kedua-dua kasut edisi terhad itu hanya boleh didapati menerusi pra tempahan dengan harga mencecah AS$625 (RM2,738) bagi ‘high cut’ dan AS$495 (RM2,168) untuk gaya ‘mule’. 

Disediakan dalam warna merah, putih dan hitam, kasut itu mempunyai semua kesan lusuh yang boleh ditemui pada sepasang kasut buruk yang sepatutnya dibuang dengan logo Balenciaga di hujung tapak.

Menurut kenyataan akhbar Balenciaga, koleksi Paris Sneaker membawa terjamahan bahawa kasut keluaran jenama itu layak dipakai seumur hidup meskipun setelah bertukar lusuh.

Bagi koleksi berwarna hitam dan putih, Balenciaga mengehadkan 100 pasang sahaja untuk dijual di seluruh dunia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI