fbpx

Penumpang kecewa kena ‘panggang’ dalam kapal terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan keadaan penumpang yang tidak senang duduk selepas terpaksa berpanas di dalam sebuah kapal terbang.

PETALING JAYA – Beberapa orang penumpang sebuah syarikat penerbangan terpaksa berpanas selama satu jam di dalam pesawat selepas pendingin hawanya tidak berfungsi.

Melalui perkongsian sebuah video berdurasi satu minit empat saat di Twitter memaparkan, para penumpang tidak senang duduk apabila terpaksa berpanas dalam pesawat terbabit.

Turut kelihatan beberapa orang kanak-kanak menangis akibat kepanasan.

Menurut perkongsian sebuah lagi video difahamkan, penumpang di dalam pesawat itu juga terpaksa pula menunggu lebih kurang dua jam kerana penerbangan ditangguhkan.

Pesawat itu juga dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sandakan, Sabah.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna mengecam kualiti perkhidmatan syarikat penerbangan tersebut.

“Pertama kali nampak kapal terbang ada masalah macam ini. Memalukan, sebab kita tahu berapa harga tiket yang mereka tawarkan bukannya murah,” kata Maia.

“Dengan panas, budak-budak menangis lagi. Tiket kira ‘refund’ ke macam mana?,” soal Sharizezhan.

“Kasihannya penumpang, nak buka tingkap pun tak boleh. Sepatutnya periksa dahulu, pelanggan bayar bukannya naik percuma,” kata Jai.

“Dah beberapa hari sebenarnya video ini, tapi syarikat itu masih belum keluarkan apa-apa permohonan maaf,” kata Zue.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 75,000 kali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI