fbpx
DEMI MOORE

Demi Moore dalam diam bercinta dengan cef

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELAKON Demi Moore dalam diam dikhabarkan kini sedang menjalin hubungan cinta bersama seorang cef terkenal iaitu Daniel Humm.

Menurut sumber terdekat pelakon berusia 59 tahun itu, hubungan cinta tersebut terjalin sejak beberapa bulan lalu.

Malah pasangan itu sering menghabiskan masa bersama walaupun sibuk dengan kerjaya masing-masing.

“Walaupun Humm sibuk menguruskan restoran miliknya, pasangan itu kerap menghabiskan masa bersama-sama. Mereka kelihatan sangat mesra ketika makan malam dalam suasana romantik,” kata sumber tersebut.

Moore dan Humm buat pertama kalinya dilihat bersama di hadapan umum ketika mereka menghadiri minggu fesyen Paris yang berlangsung di Perancis, baru-baru ini.

POPULAR