SALAH satu acara lain yang turut diadakan semasa majlis penutup Ijtimak Huffaz Selangor ke-15 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Cabaran khatam al-Quran dalam sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEKUMPULAN pelajar tahfiz di Selangor membuktikan membaca 30 juzuk al-Quran dalam tempoh 24 jam atau sehari itu suatu yang boleh dilaksanakan ketika mereka berusaha mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) baru-baru ini.

Ia dibuat bersempena Ijtimak Huffaz Selangor ke-15 yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, seramai 30 pelajar tahfiz telah melakar rekod membaca 30 juzuk al-Quran secara hafazan terus-menerus selama 24 jam.

Setiap seorang pelajar tahfiz berkenaan perlu membaca satu juzuk al-Quran secara hafazan. Selepas seorang daripada mereka selesai membaca juzuk pertama al-Quran, ia akan disambung tanpa henti oleh seorang peserta lain yang akan membaca juzuk kedua diikuti yang lain sehingga khatam 30 juzuk bagi memastikannya menjadi satu rekod yang diiktiraf MBOR.
————————————————————————————————————————————————————————————–
Ramadan sudah berlalu, namun bulan mulia yang menjanjikan lipat ganda pahala atas amal ibadah termasuk membaca al-Quran itu akan dirindui selain diimpikan agar kembali dipertemukan dengannya pada tahun hadapan.

Mengimbas momen bersejarah pada akhir Ramadan lalu, bersempena Ijtimak Huffaz Selangor ke-15 yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, seramai 30 pelajar tahfiz telah melakar rekod membaca 30 juzuk al-Quran secara hafazan terus-menerus selama 24 jam.

Setiap seorang pelajar tahfiz berkenaan perlu membaca satu juzuk al-Quran secara hafazan. Selepas seorang daripada mereka selesai membaca juzuk pertama al-Quran, ia akan disambung tanpa henti oleh seorang peserta lain yang akan membaca juzuk kedua diikuti yang lain sehingga khatam 30 juzuk bagi memastikannya menjadi satu rekod yang diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR).

Usaha anjuran Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) itu berjaya menerima pengiktirafan MBOR. Pengiktirafan tersebut diberikan bagi rekod pembacaan al-Quran tanpa henti selama 24 jam.

Sijil pengiktirafan itu diberikan oleh wakil MBOR, Muhamad Nazrul Hafizi Fauzi kepada Pengerusi Pitas, Muhamad Hafiz Mohd. Haneefa dengan disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni.


TEMPO bacaan para peserta untuk penciptaan rekod dibuat secara tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan bagi memastikan bacaan dialunkan cukup 24 jam.

Program perhimpunan warga tahfiz atau Ijtimak Huffaz pada tahun ini secara keseluruhannya diadakan selama dua hari melibatkan 2,000 pelajar daripada 40 pusat tahfiz di negeri ini.

Menurut Muhamad Hafiz, acara itu diadakan sebagai meraikan bulan Ramadan yang menyaksikan turunnya kitab suci al-Quran yang merupakan mukjizat Nabi Muhammad SAW.

“Firman Allah dalam surah Al-Hijr ayat 9: Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-zikr (al-Quran) dan Kami yang memelihara dan menjaganya”.

“Daripada Abdullah bin Mas’ud R.A, Nabi SAW pula bersabda: “Al-Quran ini adalah hidangan Allah. Oleh itu, hadaplah hidangan Allah ini sepuas hati kamu. Al-Quran ini adalah tali Allah (cahaya yang menjadi petunjuk), cahaya terang dan ubat mujarab, pengawal bagi orang yang berpegang dengannya, penyelamat bagi orang yang mengikutnya, sesiapa yang tersesat akan dipandunya, sesiapa yang menyimpang akan dibetulkan. Keajaibannya tiada henti, keagungan dan kemanisan bacaannya tidak akan terjejas walau sekerap mana sekalipun diulang.

“Bacalah kerana Allah, kerana ia akan memberikan kamu ganjaran, jika kamu membacanya setiap satu huruf sepuluh ganjaran. Saya tidak katakan Alif Laam Miim sebagai satu huruf tetapi alif (1 huruf) dan laam (1 huruf) dan miim (1 huruf),” katanya.

Muhamad Hafiz berkata, rekod bacaan al-Quran tersebut bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk tetapi bertujuan menggalakkan umat Islam melakukan perkara kebaikan.

“Kita melaksanakan program ini bukan setakat untuk mencipta rekod baca al-Quran secara one off atau touch and go. Itu tidak baik dan salah jika semata-mata hendak mengejar rekod.

“Justeru, kita adakan semasa Ijtimak Huffaz Selangor ke 15 ini sebagai satu bukti atau rekod yang mana kita hidup dalam satu zaman viral dan alim ulama membahas, ada sesetengah perkara kita boleh menunjuk-nunjuk dalam ibadat ini dengan niat untuk menggalakkan orang lain,” katanya.

Jelasnya lagi, acara sempena Ijtimak Huffaz tersebut adalah kesinambungan program dalam talian yang dijalankan sejak negara dilanda pandemik Covid-19 yang menyebabkan rakyat diuji dengan norma baharu.

WAKIL MBOR, Muhamad Nazrul menyerahkan pengiktirafan MBOR kepada Muhamad Hafiz atas kejayaan penciptaan rekod mengkhatamkan bacaan al-Quran tanpa henti selama 24 jam.

Sehubungan itu, pihaknya telah mengajak maahad-maahad tahfiz untuk bertemu dan mengadakan program membaca al-Quran sebanyak 30 juzuk dalam masa yang ditetapkan.

“Ramai yang mempersoalkan bolehkah khatam al-Quran dalam masa 24 jam iaitu sehari? Rasa macam tidak logik. Ada pula yang membahaskan bagaimana Imam Shafie boleh khatam al-Quran dua kali dalam sehari, perkara yang tidak pernah berlaku dan dipertikaikan orang awam. Jadi, perkara seperti ini boleh berlaku dalam kalangan huffaz (penghafaz-penghafaz al-Quran) yang boleh membaca dengan tempo bacaan yang agak laju,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai tempo bacaan, para peserta bagaimanapun tidak membaca secara laju atau ekspres sebaliknya dalam tempo pertengahan bagi memastikan bacaan tersebut dialunkan cukup 24 jam.

Beliau menambah, pihaknya berharap dengan usaha tersebut akan menjawab tohmahan rekod seumpamanya tidak boleh dilakukan.
“Di Indonesia misalnya khatam al-Quran dalam masa sehari adalah biasa dan tular. Setiap hari, ada antara mereka khatam al-Quran
dari isyak sampai pukul 3 pagi,” katanya.

Muhamad Hafiz atau PU Hafiz berharap program bacaan al-Quran sedemikian tidak berakhir setakat itu.

PROGRAM Ijtimak Huffaz pada tahun ini diadakan selama dua hari melibatkan seramai 2,000 pelajar dari 40 pusat tahfiz.

Ujarnya, rekod ini diharap menjadi perangsang untuk masyarakat menjadikan bacaan al-Quran 30 juzuk sebagai suatu acara yang rutin pada masa depan.

Seorang pelajar dari Wisma Hafiz Klang, Muhammad Ashraf Azizan, 18, berkata, dia bersyukur kerana dipilih menjadi pembaca juzuk pertama untuk mencipta rekod tersebut.

“Sememangnya ada sedikit tekanan kerana menjadi peserta pertama untuk melengkapkan bacaan 30 juzuk dalam 24 jam.

“Setiap bacaan perlu dipasti tepat mengikut tajwid agar rekod yang dicipta menepati sasaran,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN