fbpx

Krisis Ukraine-Rusia beri kesan harga minyak mentah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Peperangan antara Ukraine dan Rusia turut memacu kenaikan harga minyak mentah dunia sekali gus memberi kesan kepada harga tiket penerbangan domestik dan antarabangsa.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, sehubungan itu, pihaknya meminta supaya Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) untuk memantau harga tiket penerbangan yang ditawarkan.

“Saya minta kita tengok balik semua syarikat penerbangan ke mana sekali pun, disebabkan peperangan Ukraine-Rusia memberi kesan yang sangat besar. Dulu hanya 20 peratus untuk isi minyak tetapi sekarang keseluruhan untuk tambang 40 hingga 47 peratus disebabkan minyak.

“Ini memberi kesan kepada harga tiket itu sendiri. Bagaimanapun, kita minta Mavcom memantau harga tiket juga untuk membantu rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Jemaah Menteri di Kompleks Seri Perdana di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ka Siong mengulangi sekali lagi, syarikat penerbangan menggunakan kaedah ‘dynamic pricing mechanisme’ dan ia bukan hanya Malaysia malah, seluruh dunia.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI