fbpx
GAMBAR menunjukkan penyediaan hidangan katak lembu cicah sos. - Khaosod

Rakyat Thailand diberi amaran trend hidangan katak lembu hidup cicah sos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK – Kementerian Kesihatan Thailand mengeluarkan amaran berkenaan hidangan katak lembu dicicah sos yang sedang tular di media sosial berisiko mengandungi parasit, lapor laman berita The Thaiger semalam.

Hidangan itu disediakan dengan memasak katak lembu lalu dicicah dengan sos pedas dan cili kering untuk hiasan.

Kementerian itu menyarankan agar sesiapa yang menyediakan hidangan itu untuk memasak katak itu terlebih dahulu.

Hidangan katak lembu itu adalah versi baharu untuk menu sotong hidup celup sos yang mendapat permintaan di Thailand beberapa bulan lalu.

Kementerian Kesihatan sebelum ini memberi amaran kepada orang ramai bahawa mereka boleh mengalami keracunan makanan dengan memakan sotong mentah akibat bakteria yang terdapat di persekitaran laut.

Bagaimanapun, katak lembu menjadi alternatif yang lebih selamat jika dimasak dengan betul. Haiwan itu lazim dimakan di negara itu terutamanya di timur laut Thailand. 

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Thailand, Suwanchai Wattanayingcharoenchai berkata, katak lembu adalah amfibia yang biasanya mempunyai parasit yang hidup di dalam tubuhnya. 

Beliau mengesyorkan agar ia dimasak sekurang-kurangnya selama dua minit pada suhu 70 darjah Celsius. 

Suwanchai berkata, Thailand belum mengkaji kualiti pemakanan katak lembu, tetapi ia dianggap tinggi protein dan rendah kolesterol. Kementerian itu mencadangkan katak lembu dimakan bersama sayur-sayuran untuk hidangan yang berkhasiat. – Agensi

POPULAR