fbpx
Tangkap layar pergaduhan gara-gara tidak berpuas hati dengan harga makanan, di sebuah restoran nasi kandar di Bahau, di sini, malam kelmarin. - MEDIA SOSIAL

Ditumbuk gara-gara nasi goreng kosong, telur RM6

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL – Gara-gara tidak berpuas hati dengan harga makanan, seorang pelanggan ditumbuk oleh pekerja sebuah restoran nasi kandar di Bahau, di sini, malam kelmarin.

Kejadian berkenaan ditularkan oleh mangsa itu sendiri di dalam ciapan berantai di Twitter serta mendapat pelbagai reaksi dari warganet.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, mangsa iaitu seorang lelaki telah pun membuat laporan di Balai Polis Bahau pada pukul 2.31 pagi semalam mendakwa telah ditumbuk oleh seorang lelaki semasa berada di kaunter bayaran restoran berkenaan.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati punca kejadian berlaku apabila juruwang restoran itu telah meninggikan suara kepada ibu mangsa yang mempertikaikan harga nasi goreng kosong dan telur yang berharga RM6.

“Situasi ini menyebabkan mangsa berasa berang dan mengambil kotak tisu serta membaling ke arah juruwang menyebabkan terkena barang-barang di atas kaunter juruwang.

“Salah seorang pekerja yang melihat perbuatan mangsa dan terus menumbuk mangsa. Beberapa pekerja yang melihat kejadian telah cuba meleraikan pergaduhan tersebut termasuk pelanggan yang berada di restoran tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chang Hook berkata, pelanggan dan orang awam yang berada di dalam restoran tersebut di minta tampil untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Kertas siasatan akan dilengkapkan dengan seberapa segera untuk dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

POPULAR