fbpx
Anggota bomba memeriksa keadaan mangsa yang telah dibawa turun oleh orang awam yang terdapat di sekitar Taman Rimba Kanching, hari ini.

Lelaki cedera di kepala akibat jatuh air terjun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAWANG – Seorang lelaki warga asing mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas terjatuh dari air terjun di Taman Rimba Kanching, di sini hari ini.

Penyelia Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Khairul Azhar Alimulhakim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu daripada Pusat Gerakan Selangor pada pukul 2.31 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang telah dikejarkan ke lokasi bagi memberi bantuan.

“Laporan awal mendapati insiden berlaku membabitkan seorang lelaki warga asing yang terjatuh daripada air terjun.

“Bagaimanapun, mangsa telah di bawa ke bawah oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, mangsa juga telah dihantar kepada pihak Klinik Kesihatan di Hospital Selayang untuk menerima rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN