fbpx

Covid-19 : 1,054 kes; 4,107 kes sembuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan 1,054 kes termasuk satu kes import, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,415,821 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, dalam masa sama, sebanyak 4,107 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,388,491 kes.

“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (547 kes), Kuala Lumpur (113 kes), Pulau Pinang (60 kes), Negeri Sembilan (59 kes), Johor (50 kes), Kedah (40 kes), Perak (37 kes) dan Sarawak (32 kes).

“Seterusnya, Sabah (23 kes), Pahang (22 kes), Putrajaya (21 kes), Melaka (20 kes), Terengganu (14 kes), Kelantan (12 kes), Perlis (dua kes) dan Labuan (dua kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, tiga kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,567 kes serta tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID kekal 7,528 kes.

Sebanyak 28,777 kes aktif dilaporkan melibatkan 27,361 kes dikuarantin di rumah, 14 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,328 kes di hospital, 33 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 41 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI