fbpx

10 kes dikesan langgar AKHAP 2011

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 10 kes daripada 6,702 premis perniagaan yang diperiksa di peringkat borong dan runcit dikesan melanggar Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011) sejak pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2022 (SHMMP-HRP 2022) dari 26 April sehingga semalam.

Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam berkata, kesalahan-kesalahan yang dikesan adalah melibatkan kegagalan mematuhi keperluan tanda harga dan menjual barang kawalan melebihi harga maksimum.

“Sehubungan itu, penguatkuasaan ke atas pelaksanaan SHMMP-HRP 2022 ini akan diteruskan di seluruh negara sehingga tamat tempoh pelaksanaan skim pada 10 Mei.

“Di samping itu, penentuan harga maksimum ayam dan telur akan terus berkuat kuasa sehingga 5 Jun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim tersebut.

Mengulas lanjut, Azman berkata, amat tepat keputusan kerajaan melalui KPDNHEP memanjangkan penguatkuasaan SHMMP-HRP 2022 dari 26 April sehingga 10 Mei iaitu dari tarikh asal 6 Mei. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI