fbpx

Wanita pandu SUV turuni tangga salahkan GPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan keadaan kereta wanita terbabit yang tersekat ketika cuba dipandunya menuruni tangga gajar. - Facebook

WASHINGTON – Seorang wanita mabuk di Amerika Syarikat (AS) memandu kenderaannya menuruni tangga di sebuah garaj, lapor laman berita Wion News semalam.

Wanita berusia 26 tahun itu berkata, insiden itu berpunca daripada kesilapan aplikasi sistem pengesanan global (GPS). 

Dia memandu kenderaan utiliti sukan (SUV ) di atas tangga menuju ke garaj Jabatan Polis Portland. Polis mendakwa bahawa wanita itu memandu dalam keadaan mabuk.

“Seorang wanita berusia 26 tahun memandu melalui Jabatan Polis melintasi plaza pejalan kaki kami dan kemudian cuba menuruni tangga ke Middle Street. 

“Wanita itu memberitahu bahawa dia mengikut arahan aplikasi GPS tetapi pegawai yang menyiasat kes tersebut berpendapat kejadian itu berpunca daripada perbuatan memandu di bawah pengaruh alkohol ,’’ kata kenyataan polis.

Tambah kenyataan sama, wanita itu kemudian disaman kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Kami bernasib baik kerana dia tidak melanggar sesiapa dan kejadian itu berakhir dengan hanya kerosakan harta benda. Tolong jangan minum arak dan  memandu,’’ jelas kenyataan itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI