fbpx

Pesakit Covid-19 dianggap meninggal dunia nyaris dibakar hidup-hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAKAMAN menunjukkan senario ketika dua kakitangan rumah jagaan menyedari seorang pesara yang berada di dalam beg mayat masih hidup. - Douyin

BEIJING – Seorang pesara lelaki di China nyaris dibakar hidup-hidup selepas kakitangan rumah jagaan memasukkannya ke dalam beg mayat kerana menyangka dia telah meninggal dunia akibat Covid-19, lapor akhbar Daily Star.

Satu rakaman menunjukkan beberapa jururawat memakai sut pelindungan diri menolak beg berisi mayat pesara itu di atas pengusung menuju van mayat untuk dihantar ke rumah pembakaran sebelum menyedari lelaki itu bergerak.

Mereka kemudian membuka zip beg mayat itu dan mendapati lelaki tersebut masih hidup.

“Kamu datang ke sini lihat jika dia masih hidup. Dia masih bernafas! Nampak tak dia bergerak?’’ kata seorang kakitangan.

“Dia masih hidup, jangan tutup mukanya lagi,’’ jawab kakitangan lain.

Kejadian itu berlaku di daerah Putuo, Shanghai kelmarin. Pihak berkuasa kemudian menjalankan siasatan segera mengenai bagaimana pesara itu dimasukkan ke dalam beg mayat sedangkan dia masih hidup.

Kejadian itu berlaku ketika pihak berkuasa di China cuba menutup beberapa kawasan di Beijing yang mencatatkan penularan Covid-19 ketika angka kematian di Shanghai terus melonjak. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI