fbpx

Jalan sesak 45 km sebab lihat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan trafik sesak di Lebuh Raya Utara Selatan (arah Selatan) hari ini.

SEREMBAN – Trafik bergerak perlahan kira-kira 45 kilometer di Lebuh Raya Utara Selatan (arah Selatan) dipercayai berpunca dari sesetengah pengguna jalan raya yang memperlahankan kenderaan untuk melihat kenderaan rosak di kilometer 247 dan kilometer 253.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendann Shafiei Muhammad berkata, hasil pemantauan dari pukul 12 tengah hari tadi, kesesakan berkenaan dikesan bermula daripada Nilai di kilometer 285 sehingga ke kilometer 240 di Pedas Linggi.

Menurut beliau, sehingga kini, tiada sebarang kemalangan yang direkodkan berlaku di lokasi berkenaan semasa kesesakan berkenaan.

“Selain itu, JSPT Negeri Sembilan juga telah mendapati perjalanan lewat 40 minit berlaku pertambahan kenderaan dan kesesakan daripada Seremban menghala ke Jelebu bermula daripada Jeram Toi sepanjang 12km.

“Walaubagaimanapun anggota trafik telah diarahkan untuk mengawal kesesakan di lampu isyarat Pekan Jelebu agar kenderaan dihalakan ke Pantai Timur, Karak dan Muadzam,” katanya dalam satu kenyataan sempena Op Lancar Op Selamat 18 Sempena Hari Raya Aidilfitri Kontinjen Negeri Sembilan, di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI