fbpx

Mangsa kebakaran di Berek 12 terima RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nazlan (tengah) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa kebakaran Berek 12 di Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu hari ini. FOTO ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Sembilan buah keluarga yang terkesan selepas rumah mereka terbakar dalam kejadian di Berek 12 di sini kelmarin menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada Yayasan Sultan Kelantan Darul Naim dan Majlis Orang-Orang Besar Diraja Kelantan.

Daripada jumlah keseluruhan sumbangan, lima keluarga yang hilang tempat tinggal menerima RM1,500 setiap keluarga manakala empat lagi keluarga yang rumah mereka musnah hampir 20 peratus menerima RM500 setiap seorang.

Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Nazran Mohammad kepada mangsa yang terlibat di Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu di sini hari ini.

Sementara itu, seorang penerima, Mohd. Hafeeze Che Hashim, 31, berkata, dia bersyukur dengan sumbangan tersebut sekurang-kurangnya dapat meringankan beban keluarganya yang hilang tempat tinggal.

“Rumah saya termasuk persiapan raya musnah dalam kejadian itu. Kini, saya menyewa di kawasan berdekatan. Buat masa ini, kami reda dengan apa yang ada. Kebanyakan mangsa masih terkejut dengan kejadian yang menimpa kami,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI